Percaya atau tidak, kita sebenarnya bukan mengingati Allah setiap masa. Kita akan meluangkan masa untuk mengingatiNya ketika di kala sukar, 5 kali solat fardu dan didalam masjid ketika solat jumaat. Kita campurkan semua waktu solat fardu, 5 solat x 5 minit = 25 minit dalam sehari. Solat jumaat termasuk khutbahnya sekali, 45 minit. Waktu dikala sukar didalam hidup dalam sehari, mungkin ada mungkin tidak langsung mengingatiNya kerana kita merasakan kita mampu menanganinya dengan kekuatan diri semata-mata. Bila diri jatuh sakit, kita pasti mencari doktor yang paling pakar dan mahal bayarannya kerana kita merasakan doktor MAMPU mengubati kita. Bila kita tiada duit atau rezeki, kita terus terfikir, along-along kerana pada fikiran kita hanya duit mampu mengubah segala-galanya. Bila nafsu sedang meninggi gunung, kita terus search di internet dan di lorong belakang kedai untuk memuaskan nafsu kerana kita menyangka "mereka" disana mampu memenuhi citarasa kita.