Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

JOM KE ISTANBUL 2018 | ISTANBUL AKU DATANG LAGI!

Assalamualaikum wbt, Apa Khabar semua? Diharapkan sahabat2 pembaca sihat2 belaka ya. So hari ini MENARIK tajuk yang kita bakal kongsikan, iaitu JOM MENGEMBARA KE TURKI. Wahhh..sebut sahaja negara Turki pasti ramai teringin pergi sebab apa? Sebab ianya sebuah negara Islam yang kaya dengan pelbagai sejarah dan adat seni yang masih kekal sehingga hari ini. Bagi yang teringin nak pergi Istanbul + Bursa, memang tidak rugi jika anda kesana. Kenapa? Sebab pelbagai tempat-tempat menarik bakal kita lawati disamping dapat melihat keindahan ciptaan Allah SWT. Subahanallah. Sememangnya Turki adalah tempat untuk kita bershopping..Ehh sabar dulu hehe, memang salah satu kegemaran rakyat Malaysia adalah bershopping di Istanbul. Murah ke? Ya, berbanding dengan negara2 yang pakai currency Euro atau Dollar agak mahal berbanding Turkish Lira. Currency di Turki mereka menggunakan Lira dan lebih kurang sama dengan duit Malaysia. 1 Turkish Lira = 1.03 Malaysian Ringgit. Kadang2 naik dan kadang2 turun.