Assalamualaikum wbt,
Jadinya hari ini saya nak kongsikan sedikit, tips dan keperluan yang perlu ada "x wajib pun" but ianya akan nampak exclusive gituww jika perkara2 yang saya akan sebutkan sekejap lagi anda follow dan patuh untuk success dalam bisnes.
Sebenarnya saya tidak menggalakkan generasi muda seperti saya untuk jual bisnes tudung ini, kerana?? Pikir la sendiri..hehe. Gurau je. So sebab apa saya tidak menggalakkan, first of course seperti apa yang saya tengok berlambak di Instagram dan Facebook semua nak jual tudung (lagi2 yang plain/ tudung biasa). Jika semua orang nak jual, siapa yang nak beli..haaa. Tapi xlah semua, half kot. Sekarang ini trend jual tudung printed pulak. Satu lagi nak diingatkan, BUKAN MUDAH untuk jual tudung pada peringkat permulaan, especially jika anda tiada pengalaman atau perancangan terperinci sebelum memulakan perniagaan jual tudung ini. Jadi nya, tidak salah jika nak jual tetapi hendaklah buat banyakkkkkk research tentang bisnes tudung ini jika anda nak tudung anda nampak exclusive dan lain dari yang lain seperti Duckscarves, TudungPeople, TudungRuffle, dan pelbagai lagi jenama terkemuka di Malaysia ini.
Untuk mencapai tahap success atau jenama anda terkenal sekali lagi saya ingatkan BUKAN MUDAH, tetapi tidak mustahil jika anda tidak mudah putus asa dan fokus terhadap apa yang anda lakukan. Saya akan kongsikan perkara yang "perlu" anda ada untuk yang baru nak start jual tudung printed (yesss, untuk tudung printed sahaja saya kongsikan) sebab apa? Tudung plain sangat2 banyak di pasaran, cuma jika anda kreatif, Insyaallah anda akan berjaya jual tudung plain design anda sendiri. Yess, memang kita kena sentiasa berfikiran kreatif dan bersaing secara sihat dengan rakan-rakan bisnes yang lain. Jangan Sombong nanti anda yang kecundang, Nauzubillah.
Perkara yang perlu anda buat untuk mulakan bisnes jual tudung online (exclusive):
1. Modal.
Biasanya modal untuk print tudung jenama/design anda sendiri bukan murah. Tetapi ianya akan jadi murah sekiranya anda print dalam kuantiti yang banyak. Of course untuk yang ada modal banyak boleh la print, tetapi jika student yang baru habis belajar dan gunakan duit simpanan untuk print, memang sangat susah. Kerana? Banyak lagi yang perlu dilakukan setelah fikir pasal bajet untuk print kain tudung. Sebab itu, jika anda seorang student, fikir dahulu masak2 untuk jual bisnes tudung ini. Sebaliknya jika anda seorang bisnes women, Insyaallah tiada masalah.
2. Design tudung printed yang exclusive.
Untuk nampakkan tudung printed anda exclusive atau lain dari lain, of course ANDA sendiri yang kena design atau hired orang lain designkan, tetapi apa yang saya nampak RAMAI orang diluar sana nak senang, just beli dari shutterstock atau lain2 website yang mereka jual di internet. Mudah, memang nampak mudah tetapi tudung anda tidak nampak exclusive sebab orang yang juga boleh beli di internet dan edit sendiri. Sebab itu berlambak orang print tudung bunga2 la, garis2 la, dan macam2 lagi yang seakan-akan sama dengan jenama lain. Saya tidak kata, TIDAK boleh untuk buat sedemikian, cuma seperti yang saya nak highlightkan adalah better design sendiri atau cari idea sendiri untuk jenama tudung anda nampak exclusive.
Cara nak design ini senang sahaja jika anda boleh belajar sendiri atau belajar melalui youtube atau pergi ke kelas2 berbayar(perlukan duit lagi). Tidak salah untuk join ke kelas2 berbayar tetapi fikir2 sendiri lah bajet anda ada berapa untuk jual tudung pulak. Bagi yang cepat "pickup" dan mahir tentang edit2 nih senang je la nak belajar. Bagi yang susah atau first time, belajar slow2 insyaallah anda akan faham.
3. Print.
4. Jenis Kain.
Satu lagi jenis kain apa yang anda nak guna untuk jual tudung printed jenama sendiri. Ada banyak jenis kain yang kedai printing akan suggest. Satin (ada banyak jenis satin), dan macam2 lagi, so semuanya perlu diteliti dengan betul, sebab sesetengah customer suka kain satin tapi tak berat(haa..faham2 sendiri lah), ada suka kain satin tapi xnak shining sangat. So semua itu anda sendiri yang perlu rasa dan search kain mana yang sesuai atau selesa untuk customer pakai.
5. Print Box/Plastik/Metal tag/ Transparent sticker/ Dust paper printed/ Ribbon printed
Haa...banyak nye nak belanja haha. Seperti yang saya ada mention xperlu pun nak ada atau "wajib ada" semua ni. Fikir2 sendiri yang mana perlu dan tidak untuk cut cost. Saya cuma listkan sahaja apa yang "mungkin" anda nak buat untuk nampakkan tudung exclusive macam Duckscarves atau seumpamanya. Dan satu lagi, semua ini ada dijual di Malaysia. Kalau nak cari di china pun boleh, cumanya bagi pendapat saya, di mana2 tempat pun akan dapat murah sedikitttt jika anda order banyak. So depends anda nak buat dimana dan banyak juga kedai2 di Malaysia yang jual, cuma kena search lagi yang mana murah, sebabnya ada juga yang mahal sangat2. Contohnya Hard cover box macam Duckscarves, saya ada search mahal, lama2 search dapat yang murah sikit. Dan biasanya jika anda nak jenama tudung anda ada box, jangan beli box matt lam yang nampak keras tetapi lembik...haa macam mana tu haha. Just pandangan sayalah, Customer memang suka ada box tu tapi ianya akan nampak lagi exclusive jika anda gunakan hard cover box, Trust me!. And then kalau nak jimat cost just guna plastik printed jenama anda pun boleh. Just pandangan sahaja k.
6. Buka Akaun bank.
Yang ni jika anda nak buat lagi bagus sebabnya ianya akan memudahkan pengiraan jika customer masukkan duit ke akaun bisnes. Tak de lah keliru duit sendiri dengan duit bisnes betul. Anything boleh rujuk bank mana yang anda nak buka.
7. Start buat Facebook Page, Instagram bisnes & Youtube (jika nak post video).
Senang sahaja nak buat Facebook page, Instagram & youtube nih, jika nak tahu lebih lanjut boleh la google sahaja hehe. Untuk promote di media social juga memainkan peranan penting. Cara anda post bagi nampakkan brand anda exclusive dan cantik juga amat memainkan peranan. Jika pernah lihat di Instagram, butik2 Malaysia atau brand2 luar negara cara mereka post sangat unik, dan nampak lagi hebat jika anda seorang yang kreatif dan selalu mengikuti perkembangan semasa tentang cara orang lain edit. Kita nak post bagi orang tertarik, bukan sahaja untuk jual beli biasa2 macam di pasar malam tu. So kenalah ada daya tarikan dan editing yang meletop untuk tarik customer gituww.
8. Tangkap gambar tudung.
Untuk yang nak jimat boleh la tangkap gambar produk anda sendiri. Nak selfie ke, nak cari model ke ikut suka hatilah, asalkan produk itu jelas dan orang tertarik apabila jual di media social nanti. Bagi yang nak guna model & studio memang akan makan cost sedikit tetapi senang bila nak edit nanti. Sebabnya jika kita hired model atau studio untuk tangkapkan gambar produk kita mengikut kesesuaian yang kita nak mereka posing, lagi senang apabila nak edit sebab cahaya hanyalah didalam studio dan xdelah bayang2 dekat gambar tu nanti. Guna studio juga ada Indoor & Outdoor (dua2 harga lain). Selalunya Ourdoor harganya mahal sedikit berbanding indoor. Dan tambahan cost untuk model+juru makeup. Sebab itu jika nak cut cost boleh terus selfie sendiri (jika rasa diri cantik lah) hehe boleh je no prob.
8. Jual beli melalui website atau whatsapp.
Bagi tips yang ini, jika anda nak jual di website boleh atau di whatsapp sahaja pun boleh. Bagi yang baru nak start bisnes ni, jika nak save bajet just jual melalui whatsapp sahaja. Sebabnya jika jual melalui website, first ianya berbayar. Di Malaysia ada banyak jenis website termasuklah online website(luar negara punya). Yess, semuanya berbayar. Dan bagi yang memang dah plan untuk jual melalui website pastikan website yang ada beli harganya biarlah berpatutan. Jangan beli yang terlalu mahal kadang2 kita xguna pun apa yang syarikat website tu offer. Cukup jika ada provide transaksi keluar masuk perniagaan sahaja. Dan jika nak jual melalui website serta whatsapp lagi efficient. Website mudah untuk online transaction dan mudah juga untuk customer luar negara(brunei, singapore,dan Indonesia). Whatsapp mudah bagi yang tidak mahir beli online atau melalui website. So dua2 diperlukan.
9. Harga tudung yang berpatutan.
Suka diingatkan untuk yang baru nak start bisnes nih kena lah letak harga yang berpatutan, janganlah terlalu mahal atau terlalu murah. Jika terlalu murah orang akan pandang seperti tiada kualiti pada tudung kita dan mungkin akan lari dari keuntungan yang kita dapat. Dan jika terlalu mahal, orang of course xnak beli sebabnya orang xkenal lagi jenama tudung kita, tiba2 nak jual mahal, memang susah bertahan di industri bisnes kalau jual macam tu. Biar orang kenal dahulu kita punya bisnes; jual apa, apa yang best jika customer beli tudung kita, apa yang special tentang tudung kita itu amat penting, dan of course special sebab design kita lain dari yang lain.
Ada juga limited edition sebab kita jual sedikit sahaja, tak semua orang boleh dapat. Tapi jika bisnes baru2 ni xperlu kot letak limited edition jika bisnes yang anda jual sememangnya printed tudung sahaja. Maksud saya, macam Duckscarves tu ada sebut limited edition untuk tudung printed mereka, dan bukan limited edition bagi yang plain. Tapi xsemua tudung printed kita kena letak limited edition. Nanti orang dah xheran jika tudung tu limited atau tidak. So nasihat saya harga tudung yang dijual itu kenalah tengok balik sesuai or not dengan kualiti dan apa yang special jika customer beli tudung anda. Mungkin dapat free gift ke or special box ikut design tudung macam Duckscarves ke hehe, mana tahu. Tapi janganlah tiru sebijik2 mcam duckscarves ya uolls. Be creative, and be professional okaisss.
10. Start Jual.
So part nak start ni lah saat mendebarkan. Kita juga kena tengok dalam 3-6 bulan terawal bisnes kita macam mana, ok ke x. First, jangan putus asa jika xramai yang beli, sebab apa? Sebab MARKETING anda belum power lagi. Banyakkan promote dan jangan promote benda yang sama berulang2 satu dua hari, memang customer lari. Lagi2 di Fb atau Insta, silap2 unfollow terus haha. Sebab itu marketing penting. Nasihat saya, jika ada bajet lebih sedikit boleh la suruh model2 atau artis2 yang buat gift review tolong promotekan. Tapi of course ada bayarannya, hehe. Tengok lah Instagram mereka ramai follower ke tidak atau mahal ke murah bayarannya, semua itu kena buat research jugak ya.
Terus terang memang sangat membantu jika suruh mereka buat gift review tetapi makan belanja yang banyak juga. Dan satu lagi janganlah dalam satu dua hari sampai 3-4 post yang kita repost dari mereka buat review nih. Maksud saya, jika mereka dah buat gift review yang kita bagi, and then bila kita nak repost di Instagram haruslah post selang seli, dalam 1 minggu 3 repost dari artis2/model. Barulah nampak aktif instagram kita. Selain itu, boleh juga buat flatlay/ tangkap gambar produk sendiri, atau bagi kawan2 pakai, lebih jimat dan mudah. Bagi yang terlebih kreatif boleh edit2 ikut krativiti anda sendiri.
Akhir kata, bagi yang baru berjinak2 atau baru plan bagaimana nak maju dalam bisnes jika anda seorang yang tiada pengalaman & sebagainya, jangan risau pengalaman akan mematangkan setiap tindakan kita, cewahh. Turun naik itu memang adat berbisnes. Tanyalah mana2 bisnes women ada ke bisnes mereka sentiasa naik jer? First2 bisnes mereka of course tak ramai yang tahu, lama2 buat marketing, promote sana sini, Insyaallah maju. Dan bagi student yang menganggur tak dapat kerja tapi nak start bisnes nih jika anda rasa anda seorang kreatif, boleh teruskan tetapi buat sorang2 memang sukar, so saranan saya carilah partner yang betul2 serious dalam jalankan bisnes together2 nih. Rancang betul2, jangan pulak masing2 sebuk nak jadi boss ke, No No No. Salah prisip dah tu, kita mula2 nih tambah lagi jika nak bisnes partner kenalah bertolak ansur, always open minded, mungkin pendapat kawan kita kreatif dan ok, mungkin juga tidak, so semua itu boleh dibawa berbincang okaiss. Untung rugi sama2 tanggung, sebab itu kena rancang betul2 ya.
Dan bagi bisnes women yang plan nak buka bisnes tudung printed online, kena juga ada ilmu sedikit tentang flow bisnes ni macam mana, jangan main keluar sahaja modal tapi keuntungan tak masuk2 pula. Dan lagi bagus jika Dato/Datin/Hajah/Puan/Cik berkongsi modal dengan bisnes partner yang kreatif dan ada banyak idea(serta tindakan/plan) untuk merealisasikan brand tudung anda jadi famous. Sebab nya apa yang saya lihat di Instagram atau Facebook, ada juga tudung2 printed yang cantik2 dan lain dari lain tetapi hanya bertahan 3-4 bulan, sebabnya? tidak cukup modal untuk teruskan bisnes dan lain2 masalah lagi. Yess, mungkin kepakaran orang2 kreatif ini hanya fokus kepada design dan bagi yang ada modal boleh melabur dari segi kewangan. Sedih jika lihat mereka2 yang kreatif ini nak start bisnes sorang2 dan plan sorang2, tidak cukup modal & nak buat pinjaman perniagaan pula, jadinya saranan saya, ayuhlah kita bantu sesama kita jika nak maju dan berdaya saing secara sihat dalam berbisnes ini.
So itu sahaja, terima kasih sudi membaca, apa yang saya kongsikan adalah dari pengalaman saya and hopefully dapat membantu sikit demi sedikit. Bagi yang ada modal dan nak buat bisnes partner boleh PM tepi ya, saya juga perlukan bisnes partner untuk perniagaan tudung printed saya. Bagi yang serious sahaja ya. Kita boleh discuss dengan lebih lanjut. So thats all, terima kasih sekali lagi sudi baca. Byeee. Good Luck dengan bisnes anda! Saya doakan bisnes anda juga akan laris dan terkemuka satu hari nanti! Insyaallah.
Sekian.
-Photo: DuckScarves/ TudungRuffle/ ElvogtimHijab/ BellaAmmara/ TudungPeople/ Waarna/ Sugarscarf/ MawaddahIzzati/ ibawal/ irabytwenty3
Hi sis.. cmne nk cntact utk biz partner ?
ReplyDeleteHi dear, maaf saya pun dah lama tidak online blog ni haha, buat masa sekarang saya tidak perlukan biz partner lagi ya, tqvm ^_^
DeleteI am serious. 010-212 8225
ReplyDeleteTq sis sebb kongsikan memg sangat berbaloi bila saya baca ..tq so much
ReplyDeletewow tq so much sudi baca..tak sangka ramai yang baca. Semoga pembaca2 yang baru berjinak2 untuk jual tudung brand sendiri akan terus maju ^_^.
Deleteboleh senaraikan printing company yg bagus x...sedang mencari
ReplyDeleteSy nk cri bisnes partner,cmne nk cntct sis ye..
ReplyDeletefb FatimahElzehra (official)
DeleteTerima kasih banyak2 untuk.ilmu yang dikongsi...💓
ReplyDeleteSemoga dipraktikkan dan jangan give up!
DeleteIlmu yang bermanfaat
ReplyDeleteThank you dear! ^_^
DeleteAlhamdulillah, bmanfaat.. Terima kasih bkongsi cerita.. Sy baru baca.. Sy juga masih mcari partner.. 019-9589193..
ReplyDeleteBerbagai platform boleh digunakan jika ingin mulakan bisnes tudung jenama sendiri ketika ini, mungkin peringkat awal akab berasa "overwhelmed" namun dengan perkongsian Admin ini dapat membantu <3 Artie K. Bharu
ReplyDeleteok
ReplyDelete