Assalamualaikum sahabat2 semua, kali ini saya nak cerita tentang invisalign. Jika ada yang 1st time dengar tentang invisalign ni, sebernarnya seperti gambar di atas kiri anda atau dibawah, itu adalah invisalign. Setelah saya survey dekat internet, invisalign sangat bagus untuk orang seperti saya memakainya. Kerana ianya lutsinar atau jarang dan xnampak pun yang kita sedang memakai braces jenis invisible. pemakaiannya pun sangat senang just masukkan sahaja. Tetapi setiap benda mesti ada baik dan buruknya. Invisalign ni xde lah banyak keburukan sangat dan ramai masih tak percaya cara penggunaannya yang sangat mudah. Termasuklah doktor gigi yang saya baru survey tadi. Kisahnya dekat taman permata de banyak klinik gigi, de la salah satu klinik gigi yang saya survey xtaw apa itu invisalign. Mungkin dia xpernah dengar tak pe la kot (krik3~~~).
Kebaikan Invisalign:
i. Mudah dipakai bila2 masa (11 jam maksimum)
ii. Ianya lutsinar/ jarang dan bila pakai hanya nampak gigi sahaja xnampak braces nya.
iii. Tempoh pakai 1-2 tahun (bergantung kepada si pemakai), tapi saya rasa invisalign lebih cepat.
iv. Boleh nampak perbezaan setiap 4 bulan ( maybe sama dengan braces)
v. Setiap 2 minggu kena tukar
Keburukan Invisalign:
i. Mahal, sesetengah klinik / orthodontic (RM12000-RM14000) di kl, tempat lain xtaw la.
ii.Setiap kali makan kena bukak, supaya xrosak atau termasuk makanan dekat invisalign.
iii. Kena bersihkan invisalign(berus supaya bersih)
Itulah kebaikannya dan keburukan, ianya nampak hebat dan perfect sebab itulah mahal. Klu x mne nak jadi cantik gigi tu kan. Saya tengah dilemma nak pkai braces ambik masa 2 tahun / invisalign maybe lebih kurang 2 tahun jugak kot. Klu saya survey dkt tenet tuh, skejap je, dalam 1 tahun lebih. Tpi klu ambik invisalign nih, mahalnya jangan cakaplah. Ish2, tapi nampak (xnmpak pkai bracesnya) okey je. Klu pkai braces ni nampak, nerds or laka2 lah, sbb baru lagi. Dulu memang saya nak pakai braces, sejak de invisalign nih, nak pakai ni pulak. Duit tu nak cari tang mana klu pakai invisalign ni cik kak oii. Alaaa...camne erk. Nampak nye braces je la kot. Lebih murah dan murah. Semoga berjaya memakai braces nanti (terima je lah kenyataan saya ni orang sederhana je, haha). Ni Harga yang baru saya survey dekat klinik tadi (27 Apr 2016).
Klinik Pergigian Nooriah Taman permata
Braces: RM7000 Deposit: RM3000
Invisalign: RM12000
Putihkan gigi: RM2000
Bersihkan gigi: RM200
Klinik Pergigian Hazwan & Alia Taman Permata
Braces: RM5800 Deposit: RM2900 Pemakaian (1-2tahun).
Termasuk bersihkan gigi.
Putihkan gigi(lain harga).
Klinik Pergigian Ene & Mastura Taman Permata
Braces: RM5500 Deposit RM2000 Pemakaian (2tahun +)
Tak termasuk bersihkan gigi (RM80-RM100)
Putihkan gigi: RM800
Klinik Pergigian Fauziah Melawati
Invisalign: RM14000 (yang ni survey kat tenet je)
Klinik Pergigian Erfa Wangsa Melawati
Braces: RM5000-RM6000 Deposit: RM2000
Tak termasuk bersihkan gigi (RM80-RM250)
Putihkan gigi: RM1800
Invisalign: RM20000
Comments
Post a Comment