Skip to main content

Pengalaman Pakai Braces dan Whitening Teeth!

Hi semua, seriously lama tak update blog since...saya pun lupa dah hehe. Now as you have seen, tajuk yang i nak share adalah my braces journey sebab benda ni masih fresh lagi (Psstt baru je taw bukak braces hehe). Yup, dulu time nak buat braces bersungguh2 survey banyak klinik untuk proceed but the problem is ayah saya tak bagi cabut gigi. Sebab bila datang ke klinik gigi, Dr akan cakap cabut 4 batang gigi dan ambil masa 3yrs+. Disebabkan sayang nak cabut gigi, cari lagi klinik lain sehingga jumpa klinik gigi yang saya buat until now. But actually depends on Dr punya pendapat, sebab bagi klinik yang saya buat ni, Dr kata tidak perlu cabut sebab jarak gigi untuk bagi sama rata sikit je. So sayang jika cabut nanti ada banyak ruang kosong. So saya pun proceed buat self-ligating tanpa cabut gigi.

Saya tidak dapat gambarkan perasaan berdebar + happy dapat pasang braces hehe. Ye lah, gigi senget2 kita pun malu nak senyum betul tak ^_^. Tapi sebenarnya before tu tak suka pakai braces lama2, sebab tu cari klinik yang sekejap tempohya but actually depends pada gigi masing2 lama or sekejap gigi boleh gerak tersusun rapi. Every 2 months akan check gigi untuk adjust bagi sama.  26/09/2016 saya pakai braces (tengok balik gambar dulu haha kalau tak mana ingat date). Now 30/07/2019 dah bukak braces. Lama jugak kan bila fikir balik every 2 months check and nak bagi gigi cantik. Beauty is pain haha.

Time mula2 pakai braces tak ada rasa sakit pun. Cuma akan start sakit or rasa tegang pada gigi lepas check up/ tukar dawai gigi. Ni untuk ketatkan or senang cerita process gerakkan gigi sedikit demi sedikit ke tempat asal. Dalam 1 minggu tu memang akan rasa susah nak kunyah sebab rasa tengang. So every 2 months akan suffered sikit la. Makan bubur je lah ya.

Ok so braces off 30/07/2019. actually Dr kata boleh bukak sebelum date tu lagi but saya yang rasa still xpuas hati dengan gigi hehe. Macam nak straight kan lagi hahaha^_^ . So saya decide ok dah kot gigi then bukak. Lepas bukak, cuci gigi dan bersihkan gigi semua until licin cantik. Yup licin gigi saya. Balik rumah baru check betul2 gigi macam mana. Seriously awkward giler haha. But thats not the end ok. Next is retainer. Saya pakai "Removable clear plastic retainer". Today 2nd day pakai retainer, like seriously lagi susah dari braces haha. Kena bukak time makan and pakai balik. Nasib lah.

Ok sambung balik after dah bukak braces tu, esoknya kena datang klinik untuk ambil retainer. Retainer ni untuk mengingatkan gigi supaya jangan bergerak2 lagi. Stay and maintain ok jangan degil haha. So datang klinik doktor tunjukkan cara pakai retainer dan terus proceed buat whitening. Whitening ni pilihan sendiri dan kos bayaran lain ya. Whitening teeth ambil masa almost 1 hour. Bersiap sedialah mulut kena terbukak je about 1 hour. Tapi Dr akan pakaikan alat dan letak pelembap pada bibir. Dia ada 3 stage or 3 kali dia buat dengan machine untuk putihkan gigi ni. Cumanya pada gigi saya pada stage 3 dah rasa nyilu2 until balik rumah. Time tanya Dr, Dr kata memang macam tu. So terpaksa tahan sakit nyilu almost 5 hours sebab time tu dah malam, klinik pun dah tutup kalau nak ambil ubat kebas ke apa. Tapi klinik ada bagi ubat colgate tahan sakit gigi/ gigi sensitive. Guna tu je sikit2, but still xhilang. Rasa menyesal buat whitening but again beauty is pain haha. Cantik dah gigi dengan putih sekali plus harga pun berbaloi.

Dibawah ada rujukan untuk bagi para pembaca jika teringin nak buat braces. Seriously buat braces tak sakit. Alahh sakit2 sikit and susah nak makan tu je. Tapi bukan selalu macam tu. Lepas check up je sakit sikit then after that ok dah. Ok selamat menempuh journey pakai braces until cantik ya ^_^.

Klinik Dr Smile Melawati
Kos braces: 6k+/7k+ saya xingat dah
Kos whitening teeth: Rm699

Ok now sebenarnya malu nak upload gambar gigi yang senget benget dan tak cantik tu haha..so letak filter sikit bagi nampak cantik ;P . 

Bawah sekali: BEFORE
Atas sekali: AFTER

Kalau ikutkan memang teruk gigi keluar di bahagian atas dan bawah. But now alhamdulillah after 3 years dah masuk kedalam. So you guys rasa dah ok ke gigi saya ni ^_^. Please leave your comment below tq.

Comments

  1. Cantik gigi awak.nak buat tp rasa susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 memang rasa lama/susah. Tapi lepas dah pasang 3/4 tahun nanti gigi akan cantik & keyakinan diri pun bertambah. cewahh >.<

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DILEMMA; INVISALIGN VS BRACES

Assalamualaikum sahabat2 semua, kali ini saya nak cerita tentang invisalign. Jika ada yang 1st time dengar tentang invisalign ni, sebernarnya seperti gambar di atas kiri anda atau dibawah, itu adalah invisalign. Setelah saya survey dekat internet, invisalign sangat bagus untuk orang seperti saya memakainya. Kerana ianya lutsinar atau jarang dan xnampak pun yang kita sedang memakai braces jenis invisible. pemakaiannya pun sangat senang just masukkan sahaja. Tetapi setiap benda mesti ada baik dan buruknya. Invisalign ni xde lah banyak keburukan sangat dan ramai masih tak percaya cara penggunaannya yang sangat mudah. Termasuklah doktor gigi yang saya baru survey tadi. Kisahnya dekat taman permata de banyak klinik gigi, de la salah satu klinik gigi yang saya survey xtaw apa itu invisalign. Mungkin dia xpernah dengar tak pe la kot (krik3~~~). Kebaikan Invisalign: i. Mudah dipakai bila2 masa (11 jam maksimum) ii. Ianya lutsinar/ jarang dan bila pakai hanya nampak gigi sahaja

Tips Bisnes Jual Tudung Online

Assalamualaikum wbt, Jadinya hari ini saya nak kongsikan sedikit, tips dan keperluan yang perlu ada "x wajib pun" but ianya akan nampak exclusive gituww jika perkara2 yang saya akan sebutkan sekejap lagi anda follow dan patuh untuk success dalam bisnes. Sebenarnya saya tidak menggalakkan generasi muda seperti saya untuk jual bisnes tudung ini, kerana?? Pikir la sendiri..hehe. Gurau je. So sebab apa saya tidak menggalakkan, first of course seperti apa yang saya tengok berlambak di Instagram dan Facebook semua nak jual tudung (lagi2 yang plain/ tudung biasa). Jika semua orang nak jual, siapa yang nak beli..haaa. Tapi xlah semua, half kot. Sekarang ini trend jual tudung printed pulak. Satu lagi nak diingatkan, BUKAN MUDAH untuk jual tudung pada peringkat permulaan, especially jika anda tiada pengalaman atau perancangan terperinci sebelum memulakan perniagaan jual tudung ini. Jadi nya, tidak salah jika nak jual tetapi hendaklah buat banyakkkkkk research tentang bisnes tudu