Assalamualaikum wbt, sudah lama saya tidak menulis di blog nih, bila tengok balik memang kelakar sebab saya ada buat blog, kadang2 je guna. Saya bukannya seorang yang rajin menulis, rajin tengok cerita ada lah, hehehe. Apabila saya tengok balik, saya ada post pasal Iphone dan Macbook saya macam tak percaya saya pernah post, sebab zaman dah berlalu, dan sekarang saya adalah pengguna Iphone5s je dan Macbook biase2 je. Hurm, memang masa telah berlalu dan apa yang saya nak time dulu2 telah saya dapat, Alhamdulillah.
Sekarang umur saya tahun ni nak masuk 22, Impian pun dah jadi lain dengan apa yang saya impikan dulu. Jika dulu saya impikan nak Iphone dan Macbook, saya telahpun dapat dan menggunakannya sebaik mungkin. Sekarang, impian saya telah bertukar. Tahun ni adalah tahun terakhir saya belajar di University, sekarang saya telah praktikal, mungkin pada masa akan datang jika saya baca balik blog ni, mungkin saya dah pun bekerja dan insyaallah telah mendirikan rumah tangga ke, hehehe, tak tahu lah, tengok jika ada rezeki. So sekarang, impian saya habiskan buat thesis, buat elok2 masa Viva nanti dan bantu syarikat Umrah ayah saya. http://www.assirajtravel.com/ Btw saya yang buat website syarikat ayah saya, hehe baru belajar so biasa2 je, dalam ni semua ada Pakej Umrah dan contact info. So sesiapa nak pergi Umrah bolehlah daftar ok.
Hurm, kat mana saya tadi??? haaa...impian saya seterusnya ialah kumpul duit banyak untuk beli rumah hehe, kat kawasan wangsamaju sekarang ni banyak apartment baru nak buat, so saya ingat nak beli, tapi saya rasa makan masa 4/5 tahun kalau kumpul duit sama ada untuk buat pinjaman ataupun untuk beli barang2 perabot dan sebagainya. Walaupun selalu lelaki yang seharusnya beli rumah atau ketua keluarga yang kena uruskan semua tu namun, itulah salah satu impian saya sebab bukan apa, kalau lepas kahwin nanti suami jenis pendapatan yang biase2 je, susah la kan, so sebab tu lah kena beli rumah siap2.
Impian saya yang seterusnya banyak sebenarnya, salah satunya, nak buka butik tudung dan blouse muslimah lah, nak jadi director filemlah, nak buat video inspiration untuk umum dan banyak lagi. So saya pun xtahu la, itu semua just angan2 je. Bukan impian sangat pun. Haa..satu lagi jika tak dapat jadi director saya nak jadi penulis filem/ buku hehe. Tak de bakat pun tapi just try and error je kan hehe. Semua orang memang tak perfect pada setia apa yang dia buat, tapi jika try lama2 insyaallah akan jadi pandai. Saya rasa sampai sini je lah saya nak luahkan apa yang saya nak buat atau impian yang entah boleh dicapai ke tidak hehe, insyaallah jika ada usaha pasti boleh, ok bye2, Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment