Skip to main content

2017 Pelbagai rintangan bakal dihadapi

Assalamualaikum wbt,

Dah lama tak pos di blog, tahun 2017 mudah2an akan ku tempuh dengan penuh ketabahan, cewaahhh. Saya kan terus terang mengenai apa yang saya hadapi sepanjang buka business onlne nih. Ceritanya macam nih, saya telah pun buka business sendiri iaitu jual shawl/tudung jenama sendiri & design sendiri. Wahhh...itulah reaksi uolls kan bila dengar. tapi dah nak hampir 2 bulan menjalankan perniagaan ni, makin lama makin kecundang pulak rasanya. Semua modal dah saya habiskan buat shawl + kotak shawl + promoting and so on. Huhhh! bukan senang beb nak bukak business. Biasalah orang kata mula2 memang susah sebab orang xkenal lagi business kita. Yupp...memang susah 😢 tapi apakan daya, setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya.

Saya bukak business online nih bukan lepas survey sehari dua. Lepas habis belajar time raya tahun 2016 haritu, then start survey, baru bersemangat buat business online. Sekarang ni tengah pening nak cekik duit tang mana sebab dah habis 😢 Mostly design yang saya buat memang orang ramai suka sebab lain dari yang lain. Sampai ada 1 design tu dah sold out, then nak restock dah xckup duit. Dari sinilah saya tahu duit bukan boleh dibuat main2. Nak buat sesuatu kena ada perancangan yang betul. Saya belajar dari erti kesusahan & cabaran yang saya hadapi. Dalam hati berkata "maybe xckup ilmu atau maybe kena kumpul duit banyak2 and belajar berniaga dengan orang dahulu baru ada pengalaman". Itu yang terdetik dalam hati lepas dah lingkup habis.

Sepanjang perniagaan berjalan sambil2 saya hadiri tempat2 yang share business ilmu. 1st hari tu saya join OPEN DAY MoodRepublik. Nasib baik free, saja nak tahu berapa klu join booth dorang. kebanyakkan nye saya saja nak tahu dahulu sebabnya dah pokai 😂. Saya pernah hantar email dekat FashionValet, Modvier, Vendville, Shopat2, Nananovendors, & lain2 vendors. Semuanya perlukan duit untuk join dengan dorang, of course la. Tapi serba sedikit saya tahu tentang apa yang saya perlukan jika join dengan dorang. Apa yang dapat menaikkan business saya. Actually, memang uolls kena ada duit yang betul2 bukan setakat cukup lepas dah print shawl & sebagainya.

Hari ni (28 jan) saya pergi "Business Ventures Talk" Bella Ammara buat sebab nak suruh kita jadi stockist dia. Kena bayar rm99. Tapi memang dapat banyak ilmu, dan semua orang ada kesusahan & rintangan dalam kehidupan, jadi jangan anggap kita je yang betul2 susah sekarang ni. Tapi tulah ingatkan lepas dah join dapatlah jalan untuk side income lebih sikit, boleh tapi xckup modal jugak untuk join dorang. Satu yang saya suka Carl -CEO Bella Ammara bagi sesuatu ilmu iaitu jangan lupa kita sebagai hamba Allah SWT kena sentiasa bersyukur. Beliau juga ada mention tentang bangun awal, tidur awal. Nak rezeki lebih bangun awal, sebab itu yang Allah SWT mention atau dah bagi hint dekat kita semua, dan beliau amalkannya. Carl jugak selalu lepas bangun awal pagi tengok video2 yang akan menaikkan semangatnya seperti video motivasi/inspirasi/kesusahan orang lain. ada dorang tunjuk dekat semua yang hadir video macam mana yang dia selalu tengok untuk bagi semangat sebelum memulakan kerja setiap hari.

Business dia memerlukan 5 tahun untuk maju seperti tu, dan semua perniagaan bermula dari kecil-kecilan. Setiap untung yang dia dapat dia rotate jadi Million dah sekarang. Dan sampai sekarang beliau tidak pernah membuat pinjaman dekat bank atau mana2 agensi termasuk kereta (sambung bayar family punya) & rumah (sewa je). Hebat bukan 👏👏👏

Owh ye, tentang diri saya, masih lagi mencari idea macam mana nak tambah pendapatan sebab betul2 pokai dah sekarang. Dorang ada terangkan tentang BA gold. Kena bayar jugak untuk jadi stockist. Itu lah memang betul2 berminat nak join tapi xckup duit.

Mudah2an saya dapat contohi apa yang beliau amalkan iaitu perbanyakkan solat tahajjud & dhuha serta perkara yang beliau tekankan iaitu SEDEKAH. So, sama2 kita amalkan sedekah untuk murah rezeki 😊

Disini ada akan bagi link untuk Instagram business saya, serious cantik2 designnya taw
https://www.instagram.com/elvogtimhijab/

Sebelum tu saya refresh balik untuk bakal2 yang nak bukak business sendiri;
1. Kena ada ilmu yang cukup & jangan kedekut ilmu
2. Kena ada modal yang cukup & lebih dari apa yang dirancang (untuk waktu kecemasan)
3. Kena ada strategi & plan yang betul2 & real, bukan setakat sketch & main2 (semuanya melibatkan modal & once salah plan habis lingkup)
4. Kena tahu selok belok perniagaan @ pesaing tentang business yang kita akan open nanti
5. Kalau boleh lain dari lain dengan orang lain (hehe, berapa banyak lain daaa)
6. Klu nak cari partner, jangan cari member/ yang dekat2, klu nak jugak kena buat surat "hitam putih" saya rasa semua orang akan buat sebab sekarang memang zaman kita xleh percaya dekat semua orang.
7. Buat atas dasar minat & kena ada DreamBig (bak kata Cal-CEO Bella Ammara) berangan2 lah apa2 pun yang uolls nak janji kena ada TINDAKAN. Jangan terperap dekat rumahje, otak xterjalan nanti & hubungan dengan yang lain memang xkan datang sendiri (means kena ada relationship dengan taiko2 yang dah lama buat business, sebab dorang jugak belajar dari pengalaman business masing2).


Sekian, thanks sudi baca.
Assalamualaikum, byeee.













Comments

Popular posts from this blog

DILEMMA; INVISALIGN VS BRACES

Assalamualaikum sahabat2 semua, kali ini saya nak cerita tentang invisalign. Jika ada yang 1st time dengar tentang invisalign ni, sebernarnya seperti gambar di atas kiri anda atau dibawah, itu adalah invisalign. Setelah saya survey dekat internet, invisalign sangat bagus untuk orang seperti saya memakainya. Kerana ianya lutsinar atau jarang dan xnampak pun yang kita sedang memakai braces jenis invisible. pemakaiannya pun sangat senang just masukkan sahaja. Tetapi setiap benda mesti ada baik dan buruknya. Invisalign ni xde lah banyak keburukan sangat dan ramai masih tak percaya cara penggunaannya yang sangat mudah. Termasuklah doktor gigi yang saya baru survey tadi. Kisahnya dekat taman permata de banyak klinik gigi, de la salah satu klinik gigi yang saya survey xtaw apa itu invisalign. Mungkin dia xpernah dengar tak pe la kot (krik3~~~). Kebaikan Invisalign: i. Mudah dipakai bila2 masa (11 jam maksimum) ii. Ianya lutsinar/ jarang dan bila pakai hanya nampak gigi sahaja

Pengalaman Pakai Braces dan Whitening Teeth!

Hi semua, seriously lama tak update blog since...saya pun lupa dah hehe. Now as you have seen, tajuk yang i nak share adalah my braces journey sebab benda ni masih fresh lagi (Psstt baru je taw bukak braces hehe). Yup, dulu time nak buat braces bersungguh2 survey banyak klinik untuk proceed but the problem is ayah saya tak bagi cabut gigi. Sebab bila datang ke klinik gigi, Dr akan cakap cabut 4 batang gigi dan ambil masa 3yrs+. Disebabkan sayang nak cabut gigi, cari lagi klinik lain sehingga jumpa klinik gigi yang saya buat until now. But actually depends on Dr punya pendapat, sebab bagi klinik yang saya buat ni, Dr kata tidak perlu cabut sebab jarak gigi untuk bagi sama rata sikit je. So sayang jika cabut nanti ada banyak ruang kosong. So saya pun proceed buat self-ligating tanpa cabut gigi. Saya tidak dapat gambarkan perasaan berdebar + happy dapat pasang braces hehe. Ye lah, gigi senget2 kita pun malu nak senyum betul tak ^_^. Tapi sebenarnya before tu tak suka pakai braces lama2,

Tips Bisnes Jual Tudung Online

Assalamualaikum wbt, Jadinya hari ini saya nak kongsikan sedikit, tips dan keperluan yang perlu ada "x wajib pun" but ianya akan nampak exclusive gituww jika perkara2 yang saya akan sebutkan sekejap lagi anda follow dan patuh untuk success dalam bisnes. Sebenarnya saya tidak menggalakkan generasi muda seperti saya untuk jual bisnes tudung ini, kerana?? Pikir la sendiri..hehe. Gurau je. So sebab apa saya tidak menggalakkan, first of course seperti apa yang saya tengok berlambak di Instagram dan Facebook semua nak jual tudung (lagi2 yang plain/ tudung biasa). Jika semua orang nak jual, siapa yang nak beli..haaa. Tapi xlah semua, half kot. Sekarang ini trend jual tudung printed pulak. Satu lagi nak diingatkan, BUKAN MUDAH untuk jual tudung pada peringkat permulaan, especially jika anda tiada pengalaman atau perancangan terperinci sebelum memulakan perniagaan jual tudung ini. Jadi nya, tidak salah jika nak jual tetapi hendaklah buat banyakkkkkk research tentang bisnes tudu