Assalamualaikum WBT, tahun 2020 kita digemparkan dengan satu wabak/virus yang sehingga hari ini tiada vaksin diedarkan lagi kepada orang ramai. Virus Covid-19 memang sangat dasyat kerana ianya cepat merebak dan mudah dijangkiti dengan hanya sentuhan atau kesan sentuhan pada pesakit.
Pada awal Januari, di Asia ini negara Singapore adalah yang terawal kesan wabak ini daripada negara China dan segera melakukan sekatan antarabangsa. Diikuti dengan negara lain, sehingga Malaysia juga melakukan sekatan antarabangsa pada bulan March kerana Covid-19 telah merebak di Malaysia dan ramai yang berjangkit. Malaysia mempraktikkan lockdown atau perintah berkurung atau PKP pada bulan March untuk memastikan tiada lagi jangkitan Covid-19 dikalangan orang ramai kerana virus ini sangat membimbangkan seluruh dunia.
Malaysia berjaya mengurangkan kadar jangkitan virus Covid-19 pada bulan Jun & Julai namun ianya meningkat kembali kadar apabila orang ramai leka dan tidak menjaga SOP dengan sebaik mungkin. Pada akhir bulan September Covid-19 meningkat kembali dengan mendadak sehingga ke hari ini dengan kadar jangkitan dari 3 angka ke 4 angka 1000+. Rakyat Malaysia dan dunia mengharapkan vaksin yang dapat memulihkan virus Covid-19 ini kerana begitu ramai yang terkesan akibat virus ini. Ada yang hilang pekerjaan, tiada tempat tinggal akibat tidak mampu bayar sewa rumah, tidak cukup duit untuk menyara keluarga, dan banyak lagi yang terjadi akibat jangkitan Covid-19.
Sektor-sektor yang paling terkesan adalah pelancongan & penerbangan serta indutsri lain yang terlibat. Rakyat Malaysia tidak boleh ke luar negara & rakyat dari negara lain tidak boleh memasuki Malaysia kerana sekatan antarabangsa. Namun, hanya yang benar2 ingin masuk ke Malaysia atau pulang ke negara masing-masing sahaja dibenarkan dengan surat dan bantuan kedutaan negara masing-masing. Ramai yang hilang pendapatan terpaksa mencari pekerjaan lain demi menyara hidup sekeluarga. Dari sektor pelancongan ke sektor perniagaan, dari menjual pakej pelancongan sekarang ini menjual ikan & makanan harian. Hidup haruslah diteruskan. Berniagalah apa pun asalkan halal.
Rakyat Malaysia dan seluruh dunia mengharapkan vaksin yang berkesan demi mendapat balik kehidupan seharian seperti biasa. Ini semua dugaan dan ujian dari Allah Ta'ala. Kita sebagai umat Islam haruslah sentiasa berdoa memohon perlindungan dan kesejahteraan dari-Nya.
Semoga tahun 2021 kehidupan dapat kembali seperti biasa dan Allah limpahkan rezeki yang luas unuk menampung keperluan makanan & perbelanjaan seharian untuk sekeluarga & diberikan rezeki untuk seluruh umat Islam. Aminn.
Comments
Post a Comment